:welcome to the new journey:

by:MUHAMMAD HANIF BIN MOHD NOR

Friday, February 26, 2010

kuliah bulanan

assalamualaikum w.b.t...
saya mulakan tulisan blog saya kali ini dengan tulisan yg amat mulia dan tersengam indah di muka bumi ini iaitu BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM...waallahualam..

tujuan saya menulis blog kali ini adalah untuk mengingati diri hamba-NYA dan masyarakat sekalian...dengan kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan para pembaca sekalian agar sama2 kita meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa...

kali ni saya akan memberikan sedikit perkongsian jadual pengajian di masjid batu..kali ini kuliah pengajian untuk bulan 3...YA ALLAH,DEKATKAN DAN REDHAI KAMI KE RUMAH MU...AMIN..




kuliah masjid batu bulan mac 2010
(tekan gambar untuk besar)

Wednesday, February 24, 2010

kuliah maghrib

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM

7.30mlm...'tidak!!!,dah lambat ni,mlm ni ak x leh lepas punya,insyaallah '..( hatiku menyebut)...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR....luangan merdu azan yg mempunyai tujuan sama dalam membesarkan ALLAH S.W.T dan menunjukan masuknya waktu maghrib telah dilaungkan oleh beberapa muazin di beberapa buah masjid dan surau yg terletak berdekatan dengan rumah aku...malam ni ada kuliah maghrib di masjid batu yang kuliahnya akan disampaikan seorang pendakwah dan pernah bertanding dalam pru-12 vs PAK LAH tak lain tak bukan al fadhil ustaz subri bin arshad...walupun beliau menerima kekalahan pada PRU yg lepas...semangat juangnya tidak pernah luntur bak kata pepatah 'biar putih tulang jangan putih mata' dalam usahanya memnyampaikan dakwah dan risalah ISLAM yang dibawa berkurun lama oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-NYA aku dapat menghadiri majlis ilmu yg telah disampaikan oleh ustaz subri bin arshad...

dengan izin ALLAH malam ni dapat aku berkongsi beberapa ilmu yang dapat dipetik dalam majlis ilmu yang aku hadiri..waallahua'lam..

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM

tajuk malam ini best..masyaallah..
"CINTA KEPADA NABI"


translate:
1 BARANG SIAPA YANG ADA TIGA PERKARA INI MAKNA ADA PADANYA KEMANISAN IMAN

1.Dia menjadikan ALLAH dan RASULULLAH lebih ia cintai daripada dirinya sendiri

2.Bahawa mengasihi seseorang kerana ALLAH

3.Bahawa dia benci kembali kepada kekufuran @ maksiat sebagaimana ia benci bahawa dia akan dilempar/dicampakkan ke dalam api neraka.

(RIWAYAT ALBUKHARI WAL MUSLIM)

keterangan:

1.cinta pada ALLAH dan Rasulullah merupakan aspek yang paling penting dalam menghadirkan 'halwa iman'kemanisan iman dalam diri kita...

2.kita perlulah mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana ALLAH bukan kerana dunia..sbgai contoh..'nak duit,nak projek,dll'

3.benci pada sesuatu perkara maksiat/lagho' perlu dihadirkan dalam diri supaya dapat melawan kehendak nafsu dan syaitan laknatuallah dengan cara sentiasa mengingati mati dan bagaimana balasan ahkirat..

2 Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W dan berkata:

Apa pandangan/pendapat kamu jika seseorang lelaki cinta pada sesuatu kaum padahal ia tidak pernah berjumpa dengan kaum itu.

Rasulullah S.A.W berkata:

seseoarang itu akan berjumpa dengan orang yang ia cintai.

(RIWAYAT ALBUKHARI WAL MUSLIM)

keterangan:sebagaimana jika kita cinta Rasulullah...insyaallah kelak kita akan berjumpa dengan baginda Rasulullah S.A.W...

dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut maulidurrasul 12 Rabiulawal 1431 bermula esok malam...sama2 kita memperingati rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W dengan membaca selawat tanda kasih dan cinta kepada baginda...istiqamah dengan selawat kita pada bila-bila masa..

jom sama-sama!!!

solaallhualamuhammad
solaallahualawassalam 3x

hayati lirik lagu ini..

Lirik Lagu ” Cahaya Selawat “
Artis ” Raihan “

Ya Nabi Salam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam Alaika
Solawatullah Alaika

Ya Rasul Kau Bawa Cahaya
Menyinari Alam Buana
Bumi Tandus
Subur Kembali
Rasa Gembira Di Hati

Lahirmu Membawa Rahmat
Memimpin Ke Jalan Selamat
Akhlakmu Yang Sungguh Memikat
Contoh Buat Seluruh Umat

Mulianya Pengorbananmu
Kebaikan Yang Kau Seru

Biarpun Halangan Menimpa
Namun Dirimu Tetap Tabah

Ya Muhammad Yang Berjasa
Quran dan Sunnahlah Pusaka
Menjadi Panduan Manusia
Untuk Hidup Aman Sentosa

waallahua'lam..

Tuesday, February 23, 2010

|AURAT|

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG

dewasa ini,pelbagai kes jenayah yg melibat jenayah sosial contohnya seperti jenayah rogol,pelacur dan sebagainya semakin melular dan menjadi-jadi..adakah ini masalah dapat hanya diselesaikan dengan memberitahu di dalam berita dan menyebarkan di dada2 akhbar???adakah pemimpin-pemimpin sekarang mempunyai kekangan dalam mengatasi masalah ini hanya dengan undang-undang manusia yg mereka cipta..adakah undang-undang ALLAH tidak dapat dilaksanakan dengan hanya memberi alasan yg membabi buta???YA ALLAH,JANGAN ENGKAU GOLONGANKAN KAMI DIDALAM GOLONGAN INI...AMIN.masalahnya sekarang kebanyakan pemimpin di muka bumi ALLAH ini ramai yg menolak hukum ALLAH dan tidak mengambilberat tentang hukum ALLAH...di antara hukum ALLAH yang perlu dititikberat kan oleh semua anggota masyarakat ialah menjaga AURAT...menjaga aurat merupakan salah satu faktor yang perlu dipertengahkan dalam mengatasi jenyah sosial ini...waallahualam.

hari ni saya akan membincangkn topik ini(aurat)..ni peluang untuk menambahkan ilmu dan pengalaman dalam membentuk jati diri yg lebih mantap...sambil peringat-memperingati diri dan masyrakat..waalalahua'lam


|AURAT|

Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban, manakala dari segi istilah syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.

Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.

AURAT LELAKI

Lelaki yang akil baligh wajib menutup aurat dengan sempurna mengikut syarak. Batasan aurat lelaki telah pun jelas disebut oleh Rasulullahlah s.a.w. melalui hadis yang diriwayatkan oleh Darul Qutni ” aurat lelaki ialah bahagian di antara pusat dan lutut”.

Walaupun begitu, mengikut pandangan ulama aurat lelaki berbeza mengikut situasi yang dihadapinya, di antaranya adalah seperti berikut:

a) Ketika solat – antara pusat dan lutut.
b) Di hadapan lelaki dan wanita yang mahramnya – antara pusat dan lutut.

AURAT PEREMPUAN

Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.
maksudnya mana-mana wanita yg sudah kedatangan haid wajib baginya menutup aurat..

tetapi disini saya ingin tekankn sedikit, ramai wanita tidak sedar bahawa menutup bahagian kaki( pemakaian stoking kaki/benda yg boleh menutup bahagian kaki darpada terdedah aurat) adalah WAJIB keatas mereka apabila mereka berhadapan dgn orang yang bukan mahramnya..waallahua'lam..

tambahan lanjut lawati link/blog ini:

http://www.rediesh.com/untuk-wanita/kesilapan-kerap-wanita-tentang-aurat/comment-page-1

c/o:apa yg baik dan buruk itu datangnya daripada ALLAH...cuma hanya dilemparkan kepada hambanya ini sebagai ujian dan peringatan dalam diri...waallahualam..

apa itu aurat???


Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.
maksudnya mana-mana wanita yg sudah kedatangan haid wajib

apa itu aurat???


L@TIHAN MEMANDU

tak...tak..tak..jam dinding dirumah kedengaran..ku tgk jam itu (menunjukkan pukul 8.50 pagi) dgn penuh rasa gementar..ak pun x taw sebab apa..owhh!!!hari ni ad latihan kat I.D.I SJ..ku gegas ke bilik ak untuk mengambil jadual latihan KERETA yg diberikan oleh surya...ak memeriksa jadual tersebut buat kali ke 3..bagi memastikan latihan jadual itu betul-betul ada pada hari ni...tiba2..'ANIP!!!'.. ku dengar suara memangilku..dan terus ak menjawab dgn sepantas kilat..hahaha..'Ye..Emak'...owwhh..rupa2nya emak ak memangil aku...mak aku suruh cepat ckit sebab ayah aku dah memanaskn enjin...(semalam ak sudah memberitahu kepada mak ngn ayah yg ak ad latihan memandu hari ni)....waallahualam..



JADUAL KELAS MEMANDU KERETA




Monday, February 22, 2010

JOM PAKAT RAMAI-RAMAI KE MASJID

kuliah maghrib masjid batu bulan 2/2010
(click gambar untuk dibesarkan)

kepada semua muslimin dan muslimat renung-renungkanlah....


'bumi kata pergi,kubur kata mari' inilah ungkapan yg sentiasa dan sering diucapkali oleh al fadhil Ustaz Abdullah Khairi apabila beliau memberi kuliah di masjid batu,kmpg pertama khususnya pada kuliah Maghrib...terdetak dan terkilu di hati ini apabila di ucap ungakapan ini...dalam hati menyebut(benarkah masa hidup aku ini masih panjang???)ak tertnya-tnya.. ADAKAH DITERIMA ATAU TIDAK AMALAN YG AKU LAKUKAN???ya ALLAH...

ini diantara kuliah yg ak hadiri...best..masyaallah...sudah menjadi kefarduaan kifayah kepada seluruh umat Islam untuk bersembahyang jemaah(27x ganda pahala) dalam menimarakkan RUMAH ALLAH...wa'allahualam..moga2 kita seiringan dekat ajaran ISLAM..

first..first..first

assalamualaikum..ari ni ak first time buat blog...ak pun x taw mcm mn ak boleh buat blog ini.;)..firstly..cam ni ceritanya..........

muhanif_mnt (2/22/2010 9:38:45 PM): alhmdulillah..cuma letih ckit ja..
muhanif_mnt (2/22/2010 9:39:00 PM): hg lak??
muhanif_mnt (2/22/2010 9:39:09 PM): yup..
muhanif_mnt (2/22/2010 9:39:24 PM): hg pa kabar???
Hasif Zainol (2/22/2010 9:40:07 PM): aku shat2 ja...
Hasif Zainol (2/22/2010 9:40:46 PM): hg reti bt blog x?
muhanif_mnt (2/22/2010 9:40:50 PM): x..
muhanif_mnt (2/22/2010 9:40:53 PM): huhuhu
muhanif_mnt (2/22/2010 9:41:08 PM): hg nk buat ka???
Hasif Zainol (2/22/2010 9:42:54 PM): xtau la
Hasif Zainol (2/22/2010 9:49:52 PM): aku ok ja..
muhanif_mnt (2/22/2010 9:50:16 PM): x..cm tgh duk buat pala taw ni..
muhanif_mnt (2/22/2010 9:50:22 PM): hahhaha
muhanif_mnt (2/22/2010 9:50:38 PM): click sana click sini.

ni perbualan aku ngn member lama aku(hasif-x-smkpp)kt ym...pas2 tercetus idea dalam fikiran aku untuk menulis blog..terus ak terbayang di dalam fikiran ak(alam maya) blog |kerplunk|..blog sapa entah...hahaha..ak mencari terus di blog itu yg ada ruangan tertulis (create blog) ...ak pun menekannya dgn harapan dapat membuat dan menghasilkan blog yg akan dan bakal memberi sedikit ilmiah yg perlu dikongsi...hasil daripada kepalaan aku...huhuhu..click sana click sini...tercipta blog yg tidak seberapa ini...sekian,salam..