7.30mlm...'tidak!!!,dah lambat ni,mlm ni ak x leh lepas punya,insyaallah '..( hatiku menyebut)...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR....luangan merdu azan yg mempunyai tujuan sama dalam membesarkan ALLAH S.W.T dan menunjukan masuknya waktu maghrib telah dilaungkan oleh beberapa muazin di beberapa buah masjid dan surau yg terletak berdekatan dengan rumah aku...malam ni ada kuliah maghrib di masjid batu yang kuliahnya akan disampaikan seorang pendakwah dan pernah bertanding dalam pru-12 vs PAK LAH tak lain tak bukan al fadhil ustaz subri bin arshad...walupun beliau menerima kekalahan pada PRU yg lepas...semangat juangnya tidak pernah luntur bak kata pepatah 'biar putih tulang jangan putih mata' dalam usahanya memnyampaikan dakwah dan risalah ISLAM yang dibawa berkurun lama oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-NYA aku dapat menghadiri majlis ilmu yg telah disampaikan oleh ustaz subri bin arshad...
dengan izin ALLAH malam ni dapat aku berkongsi beberapa ilmu yang dapat dipetik dalam majlis ilmu yang aku hadiri..waallahua'lam..
BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM
tajuk malam ini best..masyaallah..
"CINTA KEPADA NABI"
translate:
1 BARANG SIAPA YANG ADA TIGA PERKARA INI MAKNA ADA PADANYA KEMANISAN IMAN
1.Dia menjadikan ALLAH dan RASULULLAH lebih ia cintai daripada dirinya sendiri
2.Bahawa mengasihi seseorang kerana ALLAH
3.Bahawa dia benci kembali kepada kekufuran @ maksiat sebagaimana ia benci bahawa dia akan dilempar/dicampakkan ke dalam api neraka.
(RIWAYAT ALBUKHARI WAL MUSLIM)
keterangan:
1.cinta pada ALLAH dan Rasulullah merupakan aspek yang paling penting dalam menghadirkan 'halwa iman'kemanisan iman dalam diri kita...
2.kita perlulah mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana ALLAH bukan kerana dunia..sbgai contoh..'nak duit,nak projek,dll'
3.benci pada sesuatu perkara maksiat/lagho' perlu dihadirkan dalam diri supaya dapat melawan kehendak nafsu dan syaitan laknatuallah dengan cara sentiasa mengingati mati dan bagaimana balasan ahkirat..
2 Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W dan berkata:
Apa pandangan/pendapat kamu jika seseorang lelaki cinta pada sesuatu kaum padahal ia tidak pernah berjumpa dengan kaum itu.
Rasulullah S.A.W berkata:
seseoarang itu akan berjumpa dengan orang yang ia cintai.
(RIWAYAT ALBUKHARI WAL MUSLIM)
keterangan:sebagaimana jika kita cinta Rasulullah...insyaallah kelak kita akan berjumpa dengan baginda Rasulullah S.A.W...
dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut maulidurrasul 12 Rabiulawal 1431 bermula esok malam...sama2 kita memperingati rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W dengan membaca selawat tanda kasih dan cinta kepada baginda...istiqamah dengan selawat kita pada bila-bila masa..
jom sama-sama!!!
solaallhualamuhammad
solaallahualawassalam 3x
hayati lirik lagu ini..
Lirik Lagu ” Cahaya Selawat “
Artis ” Raihan “
Ya Nabi Salam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam Alaika
Solawatullah Alaika
Ya Rasul Kau Bawa Cahaya
Menyinari Alam Buana
Bumi Tandus
Subur Kembali
Rasa Gembira Di Hati
Lahirmu Membawa Rahmat
Memimpin Ke Jalan Selamat
Akhlakmu Yang Sungguh Memikat
Contoh Buat Seluruh Umat
Mulianya Pengorbananmu
Kebaikan Yang Kau Seru
Biarpun Halangan Menimpa
Namun Dirimu Tetap Tabah
Ya Muhammad Yang Berjasa
Quran dan Sunnahlah Pusaka
Menjadi Panduan Manusia
Untuk Hidup Aman Sentosa
waallahua'lam..
No comments:
Post a Comment