:welcome to the new journey:

by:MUHAMMAD HANIF BIN MOHD NOR

Sunday, March 28, 2010

KOD BABI PADA MAKANAN

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan su atu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatka n kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat terma su k Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang su dah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang su dah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang ma su k ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang ma su k ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional terma su k pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di kon su msi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita kon su msi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada
saudara kita...waallahua'lam..

sumber rujukan>
http://www.pkpim.net/v2/e-mel/aduan/210-kod-babi-pada-makanan-penting-untuk-umat-islam.html

Saturday, March 13, 2010

khas buat teman-temanku yang akan ke PLKN

bismillahhirrahmanirrahim....

kali ni post khas buat teman2ku yang akan ke PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGAR(PLKN) tak lama lagi...yg x dapat p pun boleh baca..janji enjoy baca post ni ya....insyallah...



KHIDMAT NEGARA

KHAS BUAT>>>

1.MOHD NAIM SALLEH(KEM BALIK PULAU)
2.MOHD AZHAR SAMSUDIN(KEM BALIK PULAU)
3.MOHD HAFIZI MANAP(KEM BM)
4.HASIF ZAHARI(KEM????)
5.SITI AISYAH SULAIMAN(KEM BALIK PULAU)
6.NUR HANIM BINTI HAMIL(KEM PERLIS)
7.SAKINAH MAT DARUS(KEM BALIK PULAU)

MOGA SELAMAT DISANA..AMIN..YA ALLAH

plkn???emm...benda ni yg paling meluat bagi ak(nk taw sebab ap,BACA SAMPAI HABIS YA..huhuhu)..alhamdulillah ak dapat kumpulan 3,insyaallah kalau dapat sambung belajar boleh dapat senarai tangguhan..pas 2 kita buat x taw arr..hahaha...x pa2...tunggu ja la kerajaaan suruh buat apa..hemm(dalam hati:penuh rasa benci,grhhh)...emm...ni untuk intro baru..hehehe...

firstly,jeng..jeng..jeng..

benda yang paling ak nk tekankan ialah kegiatan/aktiviti dalam kem PLKN tersebut...
kegiatan PLKN ni terlalu..lalu..lalu..sosial..oleh itu ak nk pesan kat diri ak dan member2 ak
kalau boleh cuba jangan terlalu sosial sangat,..takut melampaui batas yang ditetapkan oleh syarak...tak kira lelaki atau perempuan...sama-sama kita menjaga pergaulan dan hukum syarak yang ditetapakan oleh AGAMA...insyaallah boleh!!!..|tentang aurat|boleh tgk post di bulan februari(sangat digalakkan untuk membacanya)


kedua
sampaikan dakwah...Rasulullah bersabda"sampaikanlah pesananku walau sepotong ayat".

semasa di sana kalau boleh yang ada ilmu yang hendak dikongsi...boleh kongsi..tolong sebar-sebarkan...terutama tentang ilmu agama..ilmu ni x akan berkurang malah bila berkongsi akan bertambah...x kira lah semasa di PLKN atau dimana-mana...x caya cuba buat...insyallah berhasil....

ketiga/terakhir

ni kira pesanan dan sebab ak benci....grhhh..

kebanyakan aktiviti di PLKN ni bagus,.bukan nak nafi tp betui....tp bagusnya hanya diluaran(fizikal) bukannya dalaman(kerohanian)...ni sebabnya budak-budak remaja sekarang makin liar bukan makin bagus...kalau nak kata bagus,mana buktinya???...kegiatan sosial semakin menurun??@kegiatan jenayah rogol!!bunuh!!!rompak!!!ragut!!! semakin menurun??? bukan makin menurun malah makin meningkat dan menjadi-jadi sehari demi sehari ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan"dibuatnya..isyhh3.teruk betoi!!!..yang ni menjadi tanda soal dalam kepala otak aku...bukan aku sahaja malah ramai lagi...


cendawan diibarat kegiatan jenayah berleluasa yang semakin kririkal


nak tekankan disini kalau benda/kegiatan PLKN ini bagus!!! dan dikatakan menjadi oleh pihak pemimpin..mana buktinya!!??...sedih + tambah benci ak bila dapat tahu berjuta-juta duit rakyat dipergunakan ke perkara yang banyak salah daripada yang betul...di sini bukan nak kritik tapi nak bagi buka minda penulis dan semua pembaca..waallahualam..akhir kata,SELAMAT BERKHIDMAT DAN BERJUANG DEMI AGAMA DAN NEGARA...yang baik dan buruk datangnya daripada ALLAH S.W.T hanya dilemparkan kepada hamba-NYA sebagai UJIAN...wassalam..

Wednesday, March 10, 2010

Kelebihan solat berjemaah

Pengertian solat jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.

Wallahu a’lam.

Thursday, March 04, 2010

ujian kelayakan kereta

ari ni ak ad ujian klykan kereta....

mula2..cm ni....pg2 lagi ak bngn tido dlm pukul 6-7..hahaha..besa la..orang muda..pas2 ak smbg balik rutin harian ak dengan sarapan...pg ni ak sarapan dengan sebiji karipap dengan beberapa teguk air masak dalam memudahkan penghadaman perut ak...dlm kul 9..ak bersiap untuk berlepas menaiki sebuah/seekor kelisa berwarna methelic ke I.D.I.huhuhu..rutin biasa kepada abg aku(helmi) untuk membawa aku ke pusat belajar memandu di I.D.I,SJ..perghhh...pro gila abg aku bawa...ak bawak mcm leng...benda 2 la yg aku selalu aku sebut bila dia(helmi)bawak kereta...isyh2...x leh jadi ni..ak nk jd mcm dia gak...mesti kena buat latihan 8 jam sampai habis dan ujian jpj baru boleh celen dia..kah3..merapu betul la aku ni...



abang aku(hilmi) baju berwarna kuning




sampai di I.D.I...aku kena tunggu sat lbh kurang 15 minit...sebab ramai guna kereta...pas 2 abg mail mai...(cikgu surya,kereta).."anip,sabaq sat norhh"..."k..."..selepas beberapa minit tibalah giliran aku...masa untuk berubah..kali ni ak nk buat elok2 coz petang ni ad ujian kelayakan...dengan penuh semangat ak buat lah yg baik...naik bukit,masuk parking,tiga penjuru dan jalan raya....hari ini ak bersyukur kepada ALLAH kerana ak mampu buat yang lebih baik dari latihan sebelum ni..alhamdulillah...

ujian kelayakan..

petang pada hari yg sama......'hemm'.....ak tidoq dari kul 1 smpai kul 2.30..gila, lama gila...x pa charge untuk ujian petang ni...ak bgn p sembahyang,siap diri,makan,pas 2 berlepas dengan menggunakan kenderaan yang sama pada pagi tadi....mula2 p surya..ambik borang ujian kelayakan..dan meneruskan perjalanan ke I.D.I....smapai disana...ak jumpa ngn sorang kak cina ni(comel gila!!!)(x clap aku, 2x aku kut).kah3....dia suruh ak isi borang..ak pun isi borang untuk ujian ni...pas 2 ad uncle ni panggl."sapa nak buat ujian kelayakan,ikut saya"(cakap dalam loghat india)..ak ngn beberapa orang yang nk ambik ujian pun ikut dia...sampai2, kereta plak x dak...tension tul arr...sabar ja la..

semasa ujian kelayakan

serrr...ak kena kongsi kereta ngn pompuan hari ni...dia plak duk sebelah ak...lagi serrr...ak kena tukar giliran dengn pompuan tu lepas satu pusingan trek bahagian 2....jeng...jeng..masa ak untuk ak satu pusingan trek sudah habis...syokknya ak...x leh duk sebelah pompuan..tp kena stay kereta dengan dia..hemm....pas tu aku pun keluar dia pun keluar..dia masuk pintu depan kanan,ak masuk pintu belakang kiri...ak pun buat pala la..sebab ak malas arr duk sblh pompuan...bahayA!!!hahaha...tiba2..uncle india tu panggl ak...(ak la ni duk dalam keta)...dia cakap lebih kurang cm ni la..."wehh,u ingat u boss ka,u ingat dia tu kuli u ka,p duk sebelah dia"(dalam logaht india)..pas 2 ak menyambut"!@#$%^&*()''..ak sebut perlahan2 la..takut kantoi..kah8..pas 2 ak pusing punya pusing dalam trekk..ps tu uncle india 2 panggil ak untuk buat ujian bahagian 3..alhamdulillah semuanya beres..ujian 2 semua ok..ujian 3 (17/20)...LULUS!!!tp JPJ lum lagi..kepada semua pembaca doakan kejayaan saya dalam ujian JPJ(18/3/2010) dan keputusan SPM nanti..k.waallhualam..

Tuesday, March 02, 2010

MASA UNTUK BERFIKIR DAN BERUBAH

bila Allah cepat makbulkan doamu.....maka DIA menyayangimu,
bila DIA lambat makbulkan doamu.....maka DIA ingin mengujimu,
bila DIA tidak makbulkan doamu......maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

oleh itu,
sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemungkaranNYA

oleh itu,
INGATLAH pesanan pendek ini
KHABARKAN kepada semua orang tersayang di sekelilingmu
agar mereka dan kita sentiasa MENGINGATINYA
agar kita sentiasa BERSYUKUR
agar kita tidak lagi LEKA
agar kita terus PRIHATIN

kalau anda tidak mengingatkan orang kesayangan di sekeliling dengan perasaan ini terutama ketika mereka memerlukannya, bermakna anda sudah mula melupakan mereka.

ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik
insyaALLAH.....

Monday, March 01, 2010

hari ini lebih baik dari semalam,hari esok lebih baik dari hari ini

hari ni ak nk buka minda ak dan semua orang....insyaalah...

kalau kita renung-renungkan tajuk di atas ni mungkin ada yang terfikir-fikir apa maksud di sebalik ayat ini???tanda tanya mula muncul